Hi,
Untuk entry kali ini, saya nak berkongsi tentang perkara-perkara yang patut anda elakkan ketika menggunakan perfume. Tak kisahlah perfume ke, EDP ke, EDT ke, atau cologne ke, yang pasti, cuba elakkan perkara-perkara bawah ni untuk memastikan bauan tu lebih tahan lama dan berkesan. Jadi tak da lah lepas ni baru je sembur kat rumah, sampai ofis dah takda bau apa dah.
Jom kita baca sikit perkongsian yang dipetik dari siakap keli.
- Jangan pakai perfume semasa tubuh masih basah
- Biasanya kita memakai perfume selepas mandi. Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi. Pakai setelah badan dah agak kering (lembap ye, bukan betul2 kering). Kerana pada waktu itu, kulit anda akan mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda.
- Jangan pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama
- Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.
- Jangan pakai di tempat yang salah
- Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Sila rujuk note untuk mengetahui 7 point pada tubuh kita yang paling sesuai disapu perfume bagi mengekalkan keharuman perfume.
- adsad
- Selalunya kita pakai perfume mula dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut.
- Jangan pakai perfume di baju
- Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju.
- Jangan menggosok perfume selepas pakai
- Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.
- Jangan pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan
- Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut.
- Jangan letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk
- Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perfume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.
Nak 100% wangi hari ni untuk diri sendiri dan sedara mara/sahabat? Jom dapatkan Lataku Fragrance hari ni. Free COD sekitar selangor dan KL. Postage juga disediakan.
Jom whatsapp
0137034556 atau isikan borang order di link bawah
Klik Sini Untuk Order
Klik Sini Untuk Order




No comments:
Post a Comment